Download Poster
About this event

UUM ONLINE: Bengkel ‘Sembang-sembang Idea Inovasi Sains Sosial’ bagi menyediakan platform perbincangan idea inovasi sains sosial yang berpotensi untuk dikembangkan dan dikomersialkan telah dianjurkan oleh Pusat Inovasi & Pengkomersialan (ICC), baru-baru ini.

Bengkel yang berlangsung di Bilik Inkubator ICC itu disampaikan Pengarah ICC, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Omar.

Selain membincangkan kaedah memanfaatkan Business Model Canvas dalam memastikan perancangan idea inovasi dapat dicapai, bengkel itu turut membincangkan tips mengaplikasikan idea digital menerusi wireframe seperti yang terdapat di dalam laman sesawang mockflow. 

Menurut Mohd Faizal, “Program ini adalah yang pertama seumpamanya di UUM yang melibatkan penghasilan idea inovasi sains sosial. Pihak ICC akan meneruskan usaha ni secara berterusan bagi memupuk minat penyelidik dalam menghasilkan idea-idea inovasi yang mempunyai impak tinggi”.

Bengkel turut dihadiri Timbalan Pengarah ICC, Prof. Madya. Dr. Ani Munirah dan pensyarah dari Pusat Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Pusat Pengajian Pendidikan (SOE), Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) dan beberapa lagi.

  • Memahami masalah
  • Membina wireframe
  • Mockup dan prototype
  • Pembelajaran BMC

Details

Training Name : Sembang-Sembang Bengkel Inovasi

Date     : 03-08-2022

Venue :

Speaker Name :

Price     : RM25

Slot Availability : 14 left





Contact us

Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC UUM)
Email to : inovasi@uum.edu.my
No phone: 04-9288751