![]() |
|
Product Descriptions
Masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan generasi alpha semakin meningkat dan membimbangkan. Statistik jumlah penyalahgunaan dadah bagi tahun 2021 menunjukkan 8.7% adalah terdiri daripada murid sekolah rendah dan dikesan berlaku seawal usia tujuh tahun. Oleh itu, KitDIAD yang direka berasaskan digital infografik bertujuan untuk memberikan pendidikan pencegahan kepada generasi alpha agar menjauhi dadah seawal yang mungkin. Objektif KitDIAD adalah untuk:
KitDIAD merupakan kombinasi pembelajaran digital dan fizikal. Pembelajaran digital direka dan dibangunkan menggunakan platform WordPress manakala pembelajaran fizikal adalah menerusi gameboard yang mengintegrasikan Augmented Reality dan QR Code. Oleh itu, kit ini melibatkan asimilasi antara murid-teknologi yang melibatkan auditori (video), visual (grafik) dan kaedah hands-on (game board) untuk menarik perhatian generasi alpha tentang penyalahgunaan dadah. KitDIAD ini juga merupakan kolaborasi bersama Bahagian Pendidikan Pencegahan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Malaysia.
Features
KitDIAD ini terdiri daripada tiga menu utama iaitu (a) digital infografik, (b) permainan dan (c) media sosial. Menu Digital infografik terdiri daripada infografik Bahaya Dadah, infografik Jenis Dadah dan infografik Akta & Undang-Undang. Menu permainan pula terdiri daripada Kit Perang Dadah (gameboard), online game dan Uji Minda. Akhir sekali, menu media sosial merangkumi Facebook Channel, Insta Channel dan Tiktok Channel.
Opportunities
Membantu AADK dalam merangka pelan pencegahan penyalahgunaan dadah dengan KitDIAD. Ini kerana KitDIAD adalah salah satu inisiatif untuk menyalurkan maklumat kepada generasi alpha memandangkan mereka terdedah dengan teknologi (technology savvy). Maklumat yang berbentuk digital infografik mudah difahami, mudah diakses dan mudah dikongsi terutamanya dari media sosial. Membantu KPM menggubal/ merangka pelan pencegahan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang dalam kalangan murid.
Application
https://kitdiad.ml/
Target Market
1. Bahagian Pendidikan Pencegahan, AADK. 2. Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Jabatan Pelajaran Negeri. 4. Guru-guru sekolah rendah. |
Details
Product Name : KitDIAD Product Type : Product IP :
Additional Details
Sosio Economic : Education UUM Niche Area : Smart Digital Opportunities Sustainable Development Goals : Good Health and Well-Being, Quality Education, Partnerships For The Goals
Contact Us
Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC UUM) |