Download Poster
Product Descriptions

Permainan komputer telah menjadi pilihan alternatif dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran lantaran kecenderungan kanak-kanak zaman ini bermain permainan komputer sejak seawal usia. Permainan Tembak VKVK ini bertujuan untuk mengintegrasikan topik pengajaran dengan kaedah permainan komputer bagi mencapai hasil pembelajaran yang lebih pantas, berkesan dan seronok dalam persekitaran yang lebih fokus. Secara khusus, ia menyiasat keberkesanan penggunaan kaedah permainan berasaskan komputer (GBL) bagi mengenalpasti huruf serta gabungan sebutan bagi vokal dan konsonan (VKVK) yang diaplikasikan melalui bermain permainan komputer. Dalam konteks ini, GBL ditakrifkan sebagai satu kaedah pembelajaran dengan pelajar akan mempelajari kandungan topik yang ingin disampaikan melalui bermain permainan komputer tanpa kebergantungan yang tinggi kepada guru, seronok dan menarik minat untuk pelajar belajar dengan rela hati tanpa unsur paksaan. Untuk menguji hipotesis bahawa GBL dapat memberikan impak yang tinggi dari segi kepantasan, kecekapan, ketidak kebergantungan kepada guru bagi mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan, satu permainan komputer yang diberi nama Tembak VKVK telah dibangunkan untuk pelajar pemulihan atau pelajar di peringkat awal pembelajaran mengeja (tadika) bagi mempelajari menggabungkan ejaan dan sebutan vokal konsonan (VKVK). Tembak VKVK berinspirasikan dari satu permainan video “Duck Hunt” yang dimainkan secara dengan menembak itik di mana ianya telah dibangunkan dan diterbitkan oleh Nintendo untuk konsol permainan video Nintendo Entertainment System (NES) pada tahun 1984. Berbeza dengan “Duck Hunt”, cara permainan (gameplay) Tembak VKVK menerapkan visual beserta bunyi untuk vokal (V); A, E, I, O dan U dan konsonan yang bersesuaian dengan vokal tersebut (KVK). Pelajar akan mempelajari VKVK melalui paparan visual dan audio bunyi yang mensasarkan domain kognitif serta psikomotor. Terdapat 13 peringkat (level) untuk permainan VKVK ini dan dibezakan dengan kelajuan yang meningkat selaras dengan kemajuan pelajar di setiap level dengan melakukan pengulangan gameplay yang sama. Teori pengulangan oleh Herman Hebbinhaus diterapkan di mana lebih banyak kali tindakan (gameplay) yang sama berlaku, lebih banyak kesan tindakan itu diletakkan dalam ingatan. Menurut teori ini, pengulangan meningkatkan pembelajaran kerana mencari sekurang-kurangnya satu jejak tindakan menjadi lebih mudah apabila terdapat lebih banyak kesan tindakan itu dalam ingatan. Secara langsung, melalui pengulangan visual VKVK serta bunyi yang dihasilkan akan meningkatkan keupayaan kognitif bagi pelajar mempelajari VKVK dan juga melalui koordinasi mata serta tangan (psikomotor) bagi mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan dengan lebih pantas, seronok dan menarik. Secara tidak langsung, melalui pengulangan pelajar akan mencapai aspek penguasaan (mastery) dengan melakukan tindakan yang sama secara berterusan. Melalui GBL yang dibangunkan, selain aspek kognitif dan psikomotor, Tembak VKVK mempunyai keistimewaan aspek “flow”; di mana pelajar yang bermain permainan ini akan berada dalam kondisi “flow”; keadaan mental yang optimum yang dicirikan oleh penyerapan yang mendalam semasa tugas yang mencabar. “Flow” menyebabkan pelajar akan tenggelam (immerse) dalam permainan VKVK dan serta tidak menyedari masa telah berlalu dan melalui aspek ini, pelajar dapat memberi fokus yang sepenuhnya dan seterusnya mencapai hasil pembelajaran dengan lebih berkesan, pantas dan menyeronokkan. Semakan pakar terhadap Tembak VKVK telah dilakukan dan hasilnya menunjukkan bahawa mereka bersetuju terhadap semua aspek yang telah diterapkan dalam permainan Tembak VKVK ini. Selain itu, ujian rintis telah dilakukan dimana dapatan hasil ujian rintis telah menyokong segala hujah dan kaedah yang diimplementasikan serta pelajar berasa seronok bermain sambil belajar 

Features

Bermain Sambil Belajar

Opportunities

Boleh disebarluaskan kepada bahasa lain

Application

https://ahadiar.cool/Tembak%20VKVK/

Target Market

Pendidikan Awal, Tadika dan Kelas Pemulihan

Details

Product Name : TEMBAK VKVK: BERMAIN SAMBIL BELAJAR “PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN UNTUK MENGENALI HURUF SERTA SEBUTAN BAGI VOKAL & KONSONAN (VKVK)”

Product Type : Product

IP :

Additional Details

Sosio Economic : Education

UUM Niche Area : Creative and Media Management

Sustainable Development Goals :

Contact Us

Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC UUM)
Email to : inovasi@uum.edu.my
No phone: 04-9288751